Newsflash

Dari Utsman bin Affan radhiyallah ‘anhu , beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam  bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya". (HR. Muslim)
 
powered_by.png, 1 kB
MUKA UTAMA
KURSUS GURU 18 JAN 2009 DI KAJANG
Written by Mohd. Masruh   
Saturday, 29 November 2008
Kursus Calon Guru Qiraati akan diadakan pada hari AHAD 18 JAN 2009 di Kajang, Selangor DE. Tempat Kursus: No: 22, Lot 1672, Jalan Qiraati off Jalan Nazir, Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang. Selangor Darul Ehsan. Hubungi : 603-87340302 atau 012 3398437 atau 016-2777992 (ust. Amir) atau 016-3106907 (ust. Badar) atau 0162575374. Waktu Kursus : 8.30 pagi - 5.30 petang. RM 60
Last Updated ( Friday, 05 December 2008 )
 
CERAMAH METOLODOLOGI PENGAJARAN QIRAATI OLEH BAPAK BUNYAMIN
Written by Mohd. Masruh   
Sunday, 24 August 2008

QIRAATI

 

BEBERAPA ATURAN PENGGUNAAN QIRAATI:

  • Guru mesti lulus bacaan tartil, gharib dan tartil
  • Guru mesti mengikuti kursus motodologi pengajaran Qiraati setidaknya 17 jam.
 

KEWAJIBAN GURU YANG SUDAH LULUS:

  • Mengajar mengikut apa yang diputuskan oleh Qiraati Pusat di Semarang.
  • Membuat MMQ 2 kali seminggu untuk peringkat sekolah. Dan sekali sebulan untuk peringkat Qaryah, 3 bulan sekali untuk peringkat Daerah, 1 tahun sekali untuk peringkat Negeri, dan 3 tahun sekali untuk peringkat Nasional.
 

GURU MENGKHATAMKAN BACAAN AL QURAN:

·        Guru Al Quran lelaki hendaknya 2 kali khatam sebulan, dan guru perempuan hendaknya 1 kali sebulan khatam.

  

10 KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN:

1. Diluangkan waktunya.

2. Tidak pernah meminta , tiada berhutang.

  

METODOLOGI

  1. Minimal 17 jam.
 

NAMA QIRAATI

NAMA RAUDHATUL MUJAWWIDIN

 

DASAR-DASAR PENGAJARAN QIRAATI

 

Untuk Guru:

  1. Tidak boleh menuntun. Ketika membaca (Daktun).
  2. Teliti, Waspada, dan Tegas (Tiwasgas).
 

Untuk Buku:

Sederhana (Tidak berbelit-belit dalam menerangkan)

Ikut tahapan.

 

METODE PENGAJARAN QIRAATI:

Saat ini diputuskan bahawa Qiraati diajarkan secara KLASIKAL INDIVIDUAL. Setelah sebelum ini menggunakan cara-cara lain seperti (INDIVIDUAL, KLASIKAL BACA SIMAK, KLASIKAL BACA SIMAK MURNI).

 

SANGAT PENTING DIPERHATIKAN

·        Murid tidak boleh dipindahkan ke muka surat lain jika ada kesalahan baca walaupun satu perkataan

·        Pemindahan buku dilakukan oleh Guru Besar Sekolah.

  

PELAKSANAAN KHATAM.

 
  • Pelajar boleh dinyatakan Khatam apabila telah selesai menyelesaikan pelajaran dari buku 1 sampai buku 6 dan membaca 30 juzu’ al Quran beserta buku gharib dan buku tajwid)
  • Lulus TAS (Tashih Akhir Santri / Pelajar).
 

MATERI PELAJARAN TAS

  • FASHAHAH
  • TARTIL
  • GHARIB
  • TAJWID
  • SHALAT
  • SURAH-SURAH PENDEK
  • DU’A HARIAN
  • KALIMAH-KALIMAH TAYYIBAH
 

MMQ (MAJIL MU’ALLIMUL QURAN)

  • 2 minggu sekali untuk . peringkat sekolah
  • 1 bulan  untuk peringkat  kampong / qaryah
  • 3 bulan untuk peringkat Daerah
  • 1 Tahun sekali untuk peringkat Negeri
  • 3  Tahun sekali untuk peringkat Negara./ Nasional.
 

KLASIKAL INDIVIDUAL

 Klasikal : satu kelas membaca bersama-sama

Individual : setiap orang membaca dan didengarkan oleh guru.

 

ANTARA PERATURAN YANG HARUS DIIKUTI:

Dalam satu kelas tidak boleh lebih 15 orang anak murid dengan seorang guru tanpa guru Bantu.

Guru harus mengajar di kelas itu setidaknya satu tahun tidak boleh tukar-tukar dengan guru lain .

Lamanya pelajaran 60 minit, 6 kali masuk dalam satu minggu.

Guru Besar yang membunyikan loceng.

15 minit sebelum masuk kelas, para pelajar beratur dipimpin oleh seorang guru. Bertujuan agar murid mempersiapkan diri dalam mengikuti pelajaran.

Mengajar murid mencium tangan guru.

Guru memberi salam bukan sebaliknya

  

3 AMANAH PAK DACHLAN:

  • Sabar dan ikhlas
  • Guru harus banyak baca al quran
  • Guru harus banyak tahajjud.
 

CARA MENGAJAR BUKU 1 QIRAATI KANAK-KANAK.

  • Kelas buku 1 terbahagi menjadi 3 kelas : Kelas 1 A, kelas 1B dan kelas 1 C.
  • Kelas 1A belajar dari muka surat 1 – 16 dengan menggunakan carta (ABM) muka surat 1-15.
  • Kelas 1 B belajar dari muka surat 17 – 30 dengan menggunakan carta ms 16-22.
  • Kelas 1 C belajar dari ms 31-44 dengan menggunakan 23 – 36.
  • Sederhana dalam penerangan tidak berbelit
  • Tidak perlu menjelaskan terlalu detail / terperinci
  • 60 minit masa pelajaran. ( 15 minit unuk baca carta dari ms 1-15, 30 minit untuk baca seorang-seorang dan yang lain menulis, kemudian 15 minit terakhir membaca carta lagi dari ms 15 – 1), maka carta hanya dikembalikan msnya setelah dibaca permuka surat.
  • Memberi nilai harus bagus walaupun tulisannya buruk, nilai antara 70-80
  • Jangan membuka carta dengan ludah.
  • Gunakan tangan kanan untuk menunjuk pelajaran dengan sesekali tengok keadaan murid-murid agar merasa diperhatikan.
  • Cara menunjuk harus cepat. Sebelum murid habis baca, guru sudah menunjuk yang lain.
  • Menunjuk pada bawah huruf agar dapat dilihat.
  • Pelajaran huruf sambung tanpa penerangan.
  • Nilai bacaan L dan L minus.
 

MMQ (MAJLIS MU’ALLIMUL QURAN)

  • Hanya yang bersijil sahaja yang boleh menghadiri program MMQ
  • Berseragam Qiraati.
  • Wajib.
        
Last Updated ( Sunday, 24 August 2008 )
 
BACALAH AL QURAN SETIAP HARI
Written by Mohd. Masruh   
Wednesday, 28 May 2008
Bacalah al Quran setiap hari. Jika termampu bacalah satu juzu' setiap hari agar setiap bulan dapat mengkhatamkan bacaan al Quran. Jika tidak dapat, bacalah yang termampu. Janganlah sampai melewatkan hari tanpa baca al Quran. Jika anda tidak menyempatkan maka tidak akan sempat karena kesibukan anda pasti lebih banyak dan tidak pernah habis.  Ada saja pekerjaan apatahl lagi kalau ditambah oleh syatian agar anda tidak sempat membaca al Quran.  Jauhkanlah dirii terlalu disibukkan oleh dunia yang melupakan amalan akhirat kita.  Kita semua akan mati, kita semua akan bertemu dengan Tuhan kita. Kita akan ditanya apa  yang telah kita perbuat di dunia ini. Kita mesti mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita samada kecil atau besar. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, Berilah kami petunjuk ke jalan yang lurus. Jadikanlah kami orang-orang yang mencintai-Mu lebih dari segala apa yang ada di dunia ini
Last Updated ( Wednesday, 28 May 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 6

Polls

Apa pendapat anda tentang laman web ini?
 
© 2009 QIRAATI ONLINE: Kaidah Praktis Membaca al-Qur'an
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.